PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL & SM TEKNIK AMBILAN JAN 2017


1.    Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2016 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan Januari 2017 seperti berikut :

•    Program Kolej Vokasional
  • di Kolej Vokasional KPM
  • di Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) - Auto Prima Technology Sdn. Bhd., Septronic Skills Training Centre, Enter Coridor Training Centre, Akademi APFT Maintenance Training , PPKS Ilmu Sdn. Bhd., JT Akademi Sdn. Bhd
  • di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) - KKTM Masjid Tanah
•    Aliran Teknikal di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia

•    Program Kemahiran di : 

  • Pusat GIATMARA yang terpilih di seluruh Malaysia
  • WISDEC Sabah

2.    Permohonan secara online dibuka mulai 11 Oktober 2016 hingga 20 Disember 2016.

3.    Untuk maklumat lanjut berkaitan program, sila layari http: //www.moe.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

        Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
        Kementerian Pendidikan Malaysia
        Aras 6, Blok E14, Parcel E
        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
        62604 Putrajaya
        (u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian  03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089)