Murid Terperangkap Dalam Longkang

Klang: Murid lelaki diselamatkan bomba selepas terperangkap lebih 15 minit di dalam longkang di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Belah di sini, kira-kira 1 tengah hari tadi.
Gambar Harian Metro

Ketua Balai Bomba Sungai Pinang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Zaidi Ahtan berkata, mangsa berusia lapan tahun itu dikatakan cuba mengambil duit belanja sekolahnya iaitu wang kertas RM1 yang terjatuh di dalam longkang itu.
"Berikutan gagal keluar dari longkang yang berpenutup besi itu, pihak pengurusan sekolah kemudian menghubungi bomba untuk tindakan lanjut.
"Setibanya di lokasi, kita bertindak mencungkil penutup longkang dan berjaya mengeluarkan mangsa beberapa minit kemudian," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sumber : Harian Metro