Kisah Pak Cik Jual Kotak, Untuk Bagi Anak Duit Belanja

Kisah Pak Cik jual kotak untuk bank in duit ke anak di Univesiti..



Tadi masa aku pergi bank, ade sorang pakcik nie dia beratur depan aku dekat mesin ATM&CDM. Sampai giliran dia, dia tanya aku "Dekat sini boleh masukkan duit tak nak?" Aku jawab boleh pakcik. Lepas tuh dia terus keluarkan duit dalam poket dia. Ade RM1, RM10 & RM20. Then dia cakap dekat aku, "Nak, boleh tolong pakcik masukkan duit dekat anak pakcik tak? Dia dekat Universiti skrg. Nak pakai duit. Sambil dia hulur duit duit tadi. Ade dalam RM60. RM30 saja duit RM1. Bila aku cakap duit RM1 tak boleh masuk, muka pakcik tuh sedih sgt. Dia pun cakap lagi, Pakcik baru jual kotak tadi, sebab tuh banyak duit RM1. Allah, tetiba aku bertakung air mata nak nangis 😢 Lepas tuh aku bukak beg duit aku then tukarkan duit RM1 tadi. Then bank in kan dekat anak dia. Bila pakcik tuh keluar dari bank, aku nampak dia kayuh basikal. Sedih dia Allah saja yang tahu 😭

Kisah ini dikongsikan oleh Maliati Azzahra, semoga ia dapat dijadikan pedoman untuk kita semua, hargailah ibu dan ayah anda, mereka berkorban untuk membesarkan anak-anak agar berjaya menjadi insan berjaya.