Kenyataan Media Penukaran IPG Kepada Kolej Vokasional dan Politeknik

Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai Penjelasan Berhubung Dakwaan Penutupan Institut Pendidikan Guru (IPG) di beberapa buah negeri.




Terdapat 27 IPG di seluruh negara dan 9 daripadanya akan di tukar kepada Kolej Vokasional dan Politeknik selaras dengan perkembangan dan keperluan di Malaysia.

2 daripada 27 IPG itu juga akan dijadikan Pusat Permata seperti mana diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2017 iaitu IPG Kampus Raja Melewar Negeri Sembilan dan IPG Kampus Tuanku Bainun Pulau Pinang.

Bermula 2017, unjuran pengambilan guru adalah kekal pada 1600 orang, dan hanya 16 IPG yang tidak ditukar sahaja akan mengambil pelatih.

Bagaimana pula dengan Pensyarah IPG yang terlibat dengan penukaran ini?

Pensyarah boleh memilih untuk kekal di IPG berkenaan atau berpindah ke institusi pendidikan yang lain tanpa menjejaskan opsyen dan gred jawatan masing masing. Selaras dengan penstrukturan KPM, pensyarah-pensyarah ini sesuai ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.