GB Arah Bayar RM200, Nak Buat Mesyuarat Akhir Tahun Kat Hotel

Kita sudah menghampiri penhujung tahun, dan kini guru-guru sedang sibuk menguruskan Peperiksaan Akhir Tahun, Program Tahun 6, Hari Sukan Sekolah, Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Hari Anugerah dan beberapa aktiviti tahunan sekolah yang lain.

Selepas tamat sesi persekolahan, murid-murid akan bercuti, tetapi guru-guru tidak terus bercuti, kerana ada sekolah-sekolah yang mengadakan mesyuarat guru terutamanya untuk membuat penyelarasan pengurusan persediaan tahun hadapan.

Beberapa isu yang berlaku di sekolah selalunya ialah, mesyuarat sengaja diadakan terlalu lama sehingga mengambil masa seminggu.

Yang kedua, Mesyuarat di tengah-tengah cuti, walaupun pentadbir berhak memanggil guru pada bila masa diperlukan namun perlu bertimbang rasa kerana perkara yang boleh diselesaikan sebelum cuti sebaiknya dirancang awal. Guru juga bukannya semua duduk berdekatan, anak juga yang dari luar negeri.

Selain itu, terdapat juga segelintir pentadbir sekolah yang ingin membuat mesyuarat pengurusan sekolah di hotel, dan guru-guru pula diarahkan untuk membuat pembayaran penginapan dan sewa dewan sehingga mencecah RM300 seorang. Kononnya untuk nampak lebih 'hebat' nampak 'grand' dan eksklusif. Semua ini melibatkan kos yang tinggi, sedangkan kadang-kadang isi mesyuarat hanya mendengar taklimat yang telah diputuskan.


Jika Guru Besar ingin juga buat mesyuarat di Hotel, ia perlu mendapatkan persetujuan semua guru, kerana ia melibatkan pembayaran dan kos yang tinggi. Sedangkan kerajaan pun suruh semua kementerian kurangkan kos, mengapa kita pula yang hendak membazirkan wang. Tambahan pula di akhir tahun banyak keperluan sekolah anak-anak, yuran dan sebagainya.