eGtukar Dukalara Kisah Cikgu Zahrina

Keputusan eGtukar akan keluar tidak ĺama lagi, ketika ini, pihak PPD dan JPN mungkin sedang sibuk meneliti permohonan. Sebelum ini, ramai yang telah berjaya pindah, terutamanya yang duduk dalam kategori 'duka lara' iaitu yang tinggal berjauhan dengan pasangan.

Semalam saya ada terbaca status yang dikongsikan oleh seorang guru yang juga dalam kategori berjauhan dengan pasangan, iaitu Cikgu Zahrina Ya, berikut adalah post beliau dalam group egtukar.
Sy pjj ngan suami.. Pd 23 Mei thun ni, sy kena gangguan seksual di dpn umh sy sndri.. Dh wat report polis.. Dh naik trun KPM, JPN selangor, PPD gombak, JPN kelantan tp semua hampa.. Jumaat lps, 21 Okt sy keguguran slps 4thun mnunggu zuriat.. Ank 1st ank syurga gak.. Hari kguguran sy amik teksi ke hosp.. Suami mlm tu bru btolak dtg jumpa sy..
Jiwa yg sakit lbih parah dr fizikal yg sakit.. Hanya Allah yg tahu..
Harap2 kali ni ada rezeki sy pindah..

Ini hanya 1 contoh keperitan yang dialami oleh guru yang tinggal berjauhan dengan pasangan, mungkin juga ada yang pernah mengalami situasi begini, bahkan mungkin lebih dasyat lagi.

Kita doakan agar dipermudahkan urusan, semoga pihak yang berwajib akan meneliti setiap permohonan dengan baik.