BAJET 2017: Buat Potongan Gaji Bayaran PTPTN Layak Diskaun 10%

Berita baik kepada peminjam PTPTN dan bakal pelajar tahun 1 sempena pengumuman Bajet 2017 oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada petang tadi.
INSENTIF BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN


Diskaun 15% : 
Peminjam yang membuat penyelesaian penuh hutang pinjaman

Diskaun 10% : 
1) Peminjam yang membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
2) Peminjam yang membuat bayaran melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan


*Pemberian insentif ini berkuatkuasa 22/10/2016 hingga 31/12/2017.
DISKAUN PTPTN

INSENTIF RM50 PTPTN

PEMBERIAN INSENTIF KHAS SSPN-i
Insentif sebanyak RM50 dalam bentuk Geran Sepadan untuk deposit SSPN-i kepada pelajar tahun 1 di sekolah bantuan kerajaan bermula 1 Januari 2017.