Sekolah Perlu Ada Kenderaan Khas



Sekolah merupakan institusi pembelajaran yang juga aktif dengan aktiviti luar sekolah. Murid juga menyertai pelbagai jenis pertandingan di luar daerah dan negeri. 

Guru pula akan ditugaskan untuk menghantar murid-murid untuk pergi ke tempat pertandingan. Kalau pasukan bola sepak sekolah ada 11 pemain tambah pula 6 lagi pemain simpanan, pasti ramai guru yang perlu hantar bukan.

Sekiranya sebuah kereta naik berhimpit-himpit, melebihi kapasiti, pastilah membahayakan guru dan murid itu sendiri.



Mungkin jika ada diberikan Van khas setiap sekolah sudah memadai, bergantung kepada keperluan sesebuah sekolah.. Namun semua ini melibatkan peruntukan yang banyak...krik krik..