Mohon Pertukaran Kerana Selesa

Guru merupakan pekerjaan yang mulia, guru juga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik pelajar agar menjadi insan yang berguna, tanpa guru tidak mungkin kita berada di landasan yang betul sekarang ini.


Sekarang merupakan tempoh permohonan egtukar Jan 2017 dibuka, ramai juga yang memohon kerana ada pelbagai sebab. Ada yang memohon kerana berjauhan dengan pasangan, masalah kesihatan, masalah keluarga, ancaman keselamatan, dan pelbagai lagi.

Namun ada juga yang memohon perpindahan kerana ingin merasa angin baru, admin sendiri pernah tanya kepada seorang guru, kenapa cikgu minta tukar? Bukan ke cikgu gembira dan selesa di sini.. Cikgu tu memberi jawapan dengan tersenyum, kerana terlalu selesalah saya perlu memohon pertukaran, kita perlukan cabaran, angin baru.. Kalau saya masih di sini, kitaran sepanjang tahun sama sahaja..


Mungkin betul juga apa yang dikatakan oleh cikgu tersebut.. Namun nak minta tukar tidaklah semudah ABC.. yang penting kita usaha, berdoa dan tawakal..