Cara dan Tips Kurangkan Potongan Cukai



Bagaimana cara untuk mengurangkan potongan cukai bulanan? Ada beberapa perkara yang anda boleh aplikasikan supaya potongan cukai anda dapat dikurangkan atau dapat pelepasan.

Berikut adalah perkara yang anda boleh buat bagi mendapatkan pelepasan cukai:



Zakat
Ya, dengan membuat potongan zakat anda akan dapat pelepasan cukai sama banyak potongan zakat yang anda lakukan. Anda digalakkan untuk buat potongan zakat terus dalam payslip supaya lebih mudah dilihat oleh lembaga hasil dalam negeri.

SSPN-I Plus
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan kini ditambah baik dengan SSPN-i Plus iaitu ada Takaful, merupakan produk daripada PTPTN dimana ia sebagai simpanan dan juga Takaful. Dengan membuka akaun SSPNI ini anda layak untuk mendapat pelepasan cukai sehingga RM12 Ribu. Duit pun masuk ke akaun anak anda, anda pula dapat pelepasan cukai, ini memang terbaik kan. Anda boleh membuka akaun SSPN-i Plus secara online di : https://sspniplusonline.ptptn.gov.my

Bantuan Kebajikan
Anda juga boleh claim dengan LHDN jika ada membuat sumbangan kebajikan kepada Badan Kebajikan seperti MERCY, MAKNA, WWF dan sebagainya.

Membeli Buku
Ya, jika kita ada membeli buku kita simpan resit elok-elok, nanti boleh isi di e-filing untuk claim semula potongan cukai yang dah dibuat. Kalau tidak sempat nak ke kedai buku, boleh beli secara online di Kedai Buku Online.

Melanjutkan Pelajaran
Kepada yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Master dan Phd anda juga layak untuk mendapat pelepasan cukai sehingga RM5000.

Pembelian Barangan Sukan
Pembelian barangan sukan juga melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai.

Insurans atau Takaful
Pelepasan cukai sehingga RM6000, yang belum ada elok juga ambil pelan takaful dari syarikat penyedia pelan perlindungan.

Bayaran Perubatan Ibu-bapa
Jasa ibu bapa tidak terkira, bayaran perubatan ibu bapa juga layak pelepasan cukai sehingga RM6000. Resit hendaklah disimpan dengan baik.

Pembelian Laptop/Komputer
Kalau ada beli laptop atau komputer simpan resit, pelepasan cukai sehingga RM3000, sekali sahaja setiap 3 tahun.


Full Medical Check Up
Maksimum RM500 seorang dan RM5000 bagi penyakit kritikal serta peralatan asas.

Anda juga hendaklah membuat e-filing setiap tahun, untuk dapatkan kembali tuntutan yang dibuat.