URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG32 HINGGA GRED DG54

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG32 HINGGA GRED DG54 DAN PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA (PKP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI TAHUN 2014 HINGGA 2016

Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula 

17 OGOS 2016 hingga 20 SEPTEMBER 2016 (Peringkat Pengetua/Guru Besar/ Ketua Bahagian Di Bahagian/IAB/IPG/KM) dan 21 SEPTEMBER 2016 hingga 08 OKTOBER 2016 (Peringkat JPN/BAHAGIAN).

Urusan Kenaikan Pangkat
Urusan ini terbuka kepada:
(a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi Urusan Tahun 2014 Hingga 2016; dan
(b) Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Bagi Urusan Tahun 2014 Hingga 2016.


Pegawai yang terlibat TIDAK PERLU MEMOHON dan sebaliknya perlu diperakukan terus oleh Ketua Jabatan menerusi iklan ePangkat yang DIBUKA BERMULA 17 OGOS 2016.