RPH Pendidikan Islam Excel Klik Sahaja


Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam Versi Excel.


Kini sudah banyak sekolah yang menggalakkan guru-guru mereka menggunakan fail bagi penyediaan RPH. Guru yang mengajar Pendidikan Islam juga tidak ketinggalan dalam penyediaan RPH yang bertaip. Mungkin ada yang merasa sukar kerana untuk menaip jawi memerlukan perisian jawi yang perlu diinstall di laptop mereka, dan ada juga yang agak lambat dalam menaip jawi. Bagi yan ingin melihat panduan untuk menggunakan tulisan jawi di laptop mereka boleh rujuk di sini. Panduan Install Jawi.



Di sini, dikongsikan template excel bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 1 hingga 5, di dalam ini telah di sertakan sekali Tajuk, Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, EMK dan aktiviti. Anda hanya perlu klik sahaja, tanpa perlu taip 1 persatu. Bagi yang berminat untuk mendapatkannya boleh memuat turun di sini.



Semoga ia dapat memudahkan urusan Guru Pendidikan Islam dalam menyediakan RPH dalam bentuk fail. Untuk Bahasa Arab Rujuk : RPH Bahasa Arab Auto