Pengambilan Guru Tahfiz Interim / Guru Dini Interim Gred DC41


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Tahfiz dan Guru Dini secara interim di sekolah-sekolah menengah KPM ambilan Tahun 2016 berdasarkan Skim Perkhidmatan Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Tajuk: 
Pengambilan  Guru  Tahfiz  dan  Guru  Dini secara interim  untuk ditempatkan  di  sekolah menengah  KPM  Ambilan  Tahun  2016.



Nama  Perjawatan:  
Guru  Tahfiz  dan  Guru  Dini  Secara  Interim. 

Tempoh  Interim:  
Sehingga  dilantik  secara  kontrak  (Contract  Of Service) oleh  Suruhanjaya  Perkhidmatan Pelajaran  Malaysia  (SPP). Mengikuti  latihan Diploma  Perguruan  Lepas  Ijazah  (DPLI)  Secara Mod Latihan  Perguruan  Kursus  Dalam  Cuti (KDC)  di  Institut  Pendidikan  Guru Malaysia (IPGM)  dalam  tempoh  yang  ditetapkan.



Permohonan  hanya  boleh  dibuat  secara  dalam talian  dengan  melayari laman      sesawang Kementerian    Sumber  Manusia  Malaysia  di alamat: http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces mulai  15  Ogos 2016  (Isnin).