Panduan Mengemas Meja Guru

Baiklah, di sini admin nak share perkongsian dari rakan guru kita iaitu panduan mengemas meja guru.

Hah, kenapa? Cikgu dah tak pandai kemas meja sendiri ke?

Bukan begitu, panduan ini adakah untuk kita dapatkan idea atau sebagai tips supaya lebih kemas dan tersusun.

Panduannya adalah seperti berikut:

Salam sejahtera, disertakan sedikit panduan untuk mengemas meja guru.

1. Fail-fail susun di bawah meja, sediakan rak/ kotak.
2. Buku-buku rujukan/ modul-modul boleh disusun di belakang / tepi tempat duduk. sediakan rak / kotak supaya lebih teratur. Boleh juga ikat dan asingkan mengikut kelas.
3. Kertas-kertas sila asingkan dan wujudkan fail sendiri spt bahagian kurikulum, hem & kk.
4. Buang bahan2 yang sudah tidak digunakan. Jika jarang digunakan tetapi masih perlu disimpan, boleh simpan shj dirumah. Bawa semula ke sekolah jika ingin digunakan.
5. Semak buku latihan pelajar mengikut jadual. Habis shj semak satu kelas, kembalikan semula kpd pelajar. Jadi, meja guru tidak bertimbun dgn buku-buku.
6. Jika perlu, alas meja dgn warna kegemaran ckgu.
7. Pastikan atas meja hanya ada barang yg perlu shj. Jadi, ckgu ada ruang utk buat kerja. Pastikan juga atas meja tiada rak / fail-fail yang boleh mengganggu penglihatan sehingga rakan2 xboleh nmpak muka ckgu.

Semoga bermanfaat. tq
(AJK bilik guru)

Hasilnya seperti gambar di bawah:



SUMBER : Giyong Nor Mohamad