Kertas Kerja Program Motivasi Khemah Ibadah

Motivasi atau dorongan adalah salah satu daripada unsur penting bagi menyedarkan dan menginsafkan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan lebih sempurna. Bagi diri seseorang pelajar muslim, khususnya pelajar dorongan adalah sangat perlu bagi mereka mengenali dan menganalisis diri sendiri supaya boleh menentukan  haluan dan masa depan mereka.

Khemah Ibadah merupakan satu program yang meningkatkan tahap profesionalisme pelajar-pelajar yang menjurus kepada keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan khususnya ilmu al-Quran dan ibadah serta memiliki kemahiran dan ketrampilan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti.

Khemah Ibadah ini merupakan salah satu pendekatan dan diharapkan dapat memberikan sesuatu yang sangat bermakna kepada para pelajar untuk mendalami ilmu al-Quran dan amali sembelihan. Dengan pendedahan yang diberikan di dalam kursus, semoga pelajar dapat mengenengahkan potensi diri dan membina keyakinan diri yang tinggi serta membina akhlak yang mulia dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar .

Bagi yang ingin dapatkan contoh kertas kerja Program Motivasi Khemah Ibadah boleh dapatkan di sini. Semoga dapat dijadikan sebagai rujukan para guru sekalian.