Cara Bayar PTPTN Guna Akaun 2 KWSP



PTPTN merupakan bantuan dalam bentuk pinjaman wang bagi memberikan kemudahan kepada pelajar IPTA / IPTS / Kolej untuk melanjutkan pelajaran, terutamanya yang dari kumpulankeluarga sederhana atau susah. Namun begitu bukan semua lepasan Universiti itu dapat pekerjaan serta merta, ada yang terpaksa menganggur 2, 3 tahun, ada yang berniaga kecil-kecilan sekadar mampu untuk menyara diri sendiri. Ditambah pula dengan masalah ekonomi dan kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang agak tinggi.

Walaupun begitu, bagi mereka yang bekerja sama ada di sektor kerajaan atau swasta, mereka boleh membayar pinjaman PTPN mereka dengan membuat potongan gaji, atau membayar sendiri secara online atau terus ke kaunter pembayaran.


Bermula tahun ini juga, PTPTN telah menyenaraikan mereka yang mempunyai tunggakkan dimasukkan ke CCRIS, dan ini terus menekan para peminjam untuk turut juga membayar tunggakan yang ada.

Sebenarnya ada cara untuk membuat bayaran PTPN iaitu menggunakan akaun 2 KWSP. Bagaimana cara membayar PTPTN dengan menggunakan KWSP?

Berikut cara mudah langkah untuk membayar PTPTN dengan akaun 2 KWSP:

1. Aktifkan i-Akaun KWSP di Kiosk KWSP
2. Daftar i-Akaun di website KWSP
3. Cetak Penyata KWSP di Website atau di Kiosk KWSP
4. Pergi ke kaunter PTPTN dan maklumkan yang anda ingin membayar hutang tertunggak PTPTN dengan menggunakan akaun 2 KWSP.
5. PTPTN akan uruskan proses seterusnya.
6. Tunggu sehingga 1 - 2 minggu pihak KWSP akan menghubungi anda untuk buat pengesahan thumb print.
7. KWSP akan hantar permohonan ke PTPTN, tunggu dalam 1 bulan hutang anda selesai.
8. Semak penyata pinjaman PTPTN, dan anda akan lihat hutang telah diselesaikan..

Sila kongsikan kaedah mudah ini..