Template Excel Buku Rekod Kedatangan Murid

Buku Rekod Kedatangan Murid merupakan dokumen penting di sekolah, guru yang pernah menjadi guru kelas pasti menjaganya dengan teliti, dan sentiasa sibuk di awal persekolahan terutamanya untuk mengemaskini maklumat murid. Guru kelas juga bertanggungjawab dalam mengambil kehadiran murid setiap hari, dan mestilah di catat di dalam Buku Rekod Kedatangan Murid, dan kini kedatangan juga direkod di portal APDM Kehadiran. 

Pada setiap hujung bulan pula, guru kelas akan sibuk mengira berapa peratus kedatangan pada bulan tersebut, berapa jumlah ponteng dan segala macam pengiraan yang perlu dicatat.

Suka untuk dikongsikan di sini template excel yang telah di hasilkan oleh guru kita, di dalam ini dilengkapi pengiraan automatik, jika kita dapat isi lengkap dari awal bulan ia akan memudahkan kita untuk 'menutup register'. Terima kasih diucapkan kepada guru yang menghasilkan Template Excel Buku Rekod Kedatangan ini. Kepada yang berminat bolehlah memuat trun sekarang.

Credit to: Cikgu Muhammad Khairi dan Cikgu Razali bin Rambli

Template Buku Kedatangan Murid