Sekolah Perlu Lapor Kerosakan Dalam 2 Minggu

ALOR SETAR, 18 Julai (Bernama) -- Kementerian Pendidikan memberi tempoh dua minggu kepada semua sekolah untuk memberi laporan audit kepada Pejabat Pendidikan Daerah mengenai keadaan infrastruktur atau peralatan sekolah yang berisiko tinggi mengakibatkan kemalangan.


Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata laporan itu kemudiannya perlu dihantar kepada Pejabat Pendidikan negeri sebelum ke Kementerian Pendidikan bagi membolehkan pihaknya mengambil tindakan segera memperbaiki kerosakan infrastruktur yang diklasifikasikan sebagai 'kecemasan'.

"Memang ikut prosedur biasa kita ada borang yang perlu diisi mengenai kerosakan dan sekolah boleh laporkan, tapi kali ini kita hanya mahu satu atau dua infrastruktur yang betul-betul uzur dan perlu segera dibaiki.

Sumber ~ Bernama