Aplikasi Pepatih Mysekolah Kehadiran Murid Guna Cap Jari

Aplikasi Pepatih Mysekolah merupakan aplikasi dimana murid perlu mengesahkan kehadiran ke sekolah dengan imbasan cap jari. Aplikasi ini dapat memudahkan guru terutamanya guru kelas untuk mengisi kedatangan murid.


Aplikasi Pepatih Mysekolah juga dihubungkan dengan data di Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) e-Kehadiran. Apabila murid telah mengimbas cap jari mereka, kehadiran terus dihantar ke apdm.





Selain itu juga, kehadiran murid juga boleh disemak oleh ibu bapa mereka dengan cara memuat turun aplikasi tersebut, dan boleh dilihat secara terperinci waktu mereka datang..

Buat masa ini terdapat 4 sekolah yang sedang menggunakannya iaitu SMK Batu Muda, SMK Dato' Ibrahim Yaacob, SMK Sungai Besi, SMK Selandar Melaka.