I-Think Ditangguh Bagi Menambah Baik Sistem

Berikut adalah petikan daripada Facebook Menteri Pendidikan:

Saya memandang serius isu penggunaan aplikasi dalam talian I-THINK. Memandangkan ada guru-guru menghadapi masalah dalam menjalankan kursus I-THINK dalam talian (KiDT), maka keputusan berikut diambil :1. KiDT ditangguhkan buat sementara bagi menambah baik pelaksanaannya kepada guru-guru yang menghadapi masalah menjalankan KiDT.2. Ingin dimaklumkan juga semasa sistem sedang ditambah baik, guru tidak ada tempoh atau jangkamasa untuk perlu menamatkan kursus ini.Bagi guru-guru yang tidak menghadapi masalah menjalankan KiDT, mereka boleh terus mengikuti KiDT sehingga tamat.Terima kasih.



Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Kenyataan Media:
Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkenaan isu kesulitan guru-guru jalani Kursus iTHINK Dalam Talian (KiDT) yang viral dalam media sosial.