20,293 Guru Bakal Jalani Program BTN

20,293 Guru Bakal Jalani Program BTN Bulan Hadapan - Mahdzir

PUTRAJAYA, 8 Jun (Bernama) -- Seramai 20,293 guru sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara yang berkhidmat pada tahun keempat dan kelima bakal menjalani program Biro Tatanegara (BTN) bermula bulan hadapan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata golongan guru itu merupakan kumpulan pertama yang akan menjalani program Guru Pembina Negara Bangsa bagi mewujudkan kesedaran serta meningkatkan jati diri dan perpaduan dalam kalangan warga pendidik.
Beliau berkata kerjasama sepadu BTN dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengguna pakai modul latihan keseluruhan selama tiga hari dua malam dengan menerapkan elemen pendidikan kenegaraan termasuk Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan dan dasar negara.

-Sumber- BERNAMA
Kerjasama KPM dan BTN