PERTANDINGAN IDEA KREATIF DAN INOVATIF KATEGORI PERKHIDMATAN AWAM DI BAWAH INISIATIF PERTANDINGAN STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOSC)

PERTANDINGAN IDEA KREATIF DAN INOVATIF KATEGORI PERKHIDMATAN AWAM DI BAWAH INISIATIF PERTANDINGAN STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOSC)

Untuk makluman YBrs. Tuan/Puan, di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah diberi mandat untuk menerajui inisiatif National Blue Ocean Competition (NBOSC) bagi kategori Perkhidmatan Awam. NBOSC telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 3 April 2016 di Borneo Convention Center Kuching (BCCK) sempena dengan Pelancaran Program Gabungan Rakan Entreprenuer Aspirasi Terhebat (GREAT). Inisiatif NBOSC ini  mensasarkan penyertaan seluruh penjawat awam di peringkat Persekutuan, Negeri, Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). NBOSC kategori Perkhidmatan Awam juga membuka penyertaan kepada warga Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas termasuk pelajar-pelajar peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta.
Hadiah wang tunai melebihi RM100,000.00 ditawarkan kepada para pemenang termasuk RM50,000.00 Dana Permulaan untuk pemenang tempat pertama Agensi Pelaksana yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, jasa baik dan kerjasama YBrs. Tuan/Puan adalah dipohon untuk membantu dalam mempromosi dan menguar-uarkan mengenai pertandingan idea kreatif dan inovatif kategori Perkhidmatan Awam ini di seluruh saluran komunikasi Kementerian/Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga ke peringkat sekolah-sekolah. Bersama-sama ini disertakan web banner NBOSC (versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) untuk tujuan muatnaik ke Portal Kementerian/Jabatan/Agensi yang berkaitan. Maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati di laman sesawang www.nboscompetition.my. Sekiranya terdapat pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak YBrs. Tuan/Puan bolehlah menghubungi pegawai-pegawai berikut:

i.                    Puan Salmiza Shahriman |salmiza.shah@jpa.gov.my  | 03-8885 3842; atau
ii.                  Cik Joana Ajadap|joana.ajadap@jpa.gov.my  | 03-8885 3849

Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh pihak YBrs. Tuan/Puan dalam menjayakan pertandingan NBOSC ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

SUMBER : www.moe.gov.my