Review Buku Ilmu Linguistik: Morfologi

Inilah buku yang dapat dijadikan rujukan asas dalam mempelajari ilmu linguistik, dan perlu dipunyai oleh semua pelajar, guru dan pensyarah bahasa Melayu.

Morfologi
Buku Morfologi Bahasa Melayu ini adalah buku edisi kedua mengenai morfologi bahasa Melayu. Edisi pertama buku ini diterbitkan oleh syarikat Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd pada tahun 1986 dengan tajuk Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia. 

Buku ini disunting semula supaya isi dan jalan bahasanya bagi memenuhi keperluan pelajar sekarang. Kandungan buku ini dibahagikan ke dalam 15 bab. Lima belas bab ini terbahagi kepada empat bahagian besar. 

Bahagian pertama mengandungi tiga bab. Bab 1 memperkenalkan morfologi sebagai satu disiplin, membincangkan definisi morfologi. Unit-unit morfologi diperkenalkan dan diikuti dengan prinsip-pinsip mengenal pasti morfem. Bentuk-bentuk dan proses penerbitan perkataan dalam bahasa Melayu dijelaskan. Bab 2 membincangkan konsep dan asas penggolongan perkataan dan ini diikuti dengan perbincangan mengenai golongan perkataan dalam bahasa Melayu. Bab 3 membincangkan proses perubahan bunyi dan ejaan apabila proses-proses pembentukan perkataan berlaku.
 

Bahagian kedua mengandungi tiga bab, semuanya mendeskripsikan proses pengibuhan yang berlaku kepada golongan kata utama. Bab 4 menghuraikan pengimbuhan kata nama. Bab 5 menghuraikan pengimbuhan kata kerja. Bab 6 menghuraikan pengimbuhan kata adjektif.
 

Bahagian ketiga mengandungi empat bab, semuanya menghuraikan kata tugas. Ada 17 subgolonan kata tugas dan memerlukan perbincangan yang agak panjang. Oleh sebab itu Bab 7, 8, 9 dan 10 membincangkan kata tugas.

Bahagian keempat mengandungi deskripsi mengenai penggandaan, dalam Bab 11, pemajmukan dalam Bab 12, pengakroniman dalam Bab 13, peristilahan dalam Bab 14, dan akronim dalam Bab 15.

Ada dua perkara yang dilakukan apabila buku ini disunting semula.
 

1.Dalam mengedit semula buku ini, semua pembaharuan yang dikemukakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Tatabahasa Dewan (Manuskrip Edisi Semakan 2005) diambil kira sepenuhnya supaya pengajaran tatabahasa di sekolah berpandukan tatabahasa pegangan.

2.Bahasa yang digunakan dalam buku ini disunting semula dengan mengambil kira indeks bacaan. Bagi menurunkan indeks bacaan, ayat-ayat yang digunakan dipendekkan. Frasa kerja digunakan bagi menggantikan kata nama yang abstrak. Contoh-contoh yang digunakan juga diambil daripada bahasa-bahasa yang diketahui oleh pelajar-pelajar di Malaysia.

Semoga Morfologi Bahasa Melayu dapat membantu para pelajar, guru dan pensyarah bahasa Melayu meningkatkan pengetahuan mereka mengenai pendidikan bahasa Melayu.

Kepada para pelajar, semoga dapat belajar dengan baik dan berbakti kepada bangsa dan bahasa.
Isi Kandungan

Prakata Edisi Pertama 
Prakata Edisi Kedua
 
1 Morfologi
 
1.1 Apakah Itu Morfologi?
 
1.2 Unsur-unsur Morfologi
 
1.3 Teori Membentuk Perkataan
 
1.4 Bentuk-bentuk Perkataan
 
1.5 Prinsip Menganalisis Morfologi
 
1.6 Proses-proses Morfologi
 
1.7 Deskripsi Morfologi Bahasa Melayu
 
2 Golongan Perkataan
 
2.1 Pengenalan
 
2.2 Sejarah Sarjana Eropah Menggolongkan
Perkataan
 
2.3 Perbandingan Kajian-kajian yang Dilakukan
 
2.4 Fungsi Tatabahasa
 
2.5 Kategori Tatabahasa
 
2.6 Isu Penggolongan Perkataan
 
2.7 Golongan perkataan dalam Tatabahasa Dewan
 
2.8 Golongan Perkataan Tatabahasa Dewan (2005)
 
3 Morfofonologi
 
3.1 Apa Itu Morfofonologi?
 
3.2 Penyengauan
 
3.3 Penggetaran
 
3.4 Geluncuran w dan y
 
3.5 Pengglotisan
 
3.6 Penduaan Konsonan
 
3.7 Penggandaan
 
3.8 Kontroversi N dan R
 
4 Kata Nama
 
4.1 Pengenalan
 
4.2 Imbuhan Sisipan
 
4.3 Imbuhan Awalan
 
4.4 Imbuhan Akhiran
 
4.5 Imbuhan Apitan
 
5 Kata Kerja
 
5.1 Pengenalan
 
5.2 Morfem Kata Kerja
 
5.3 Binaan Kata Kerja Tak Transitif
 
5.4 Binaan Kata Kerja Transitif
 
5.5 Bangun Kata Kerja
 
6 Kata Adjektif
 
6.1 Pengenalan
 
6.2 Awalan Kata Adjektif
 
6.3 Akhiran Kata Adjektif
 
6.4 Apitan
 
6.5 Sisipan
 
7 Kata Adverba
 
7.1 Apa Itu Kata Adverba?
 
7.2 Ciri-ciri Kata Adverba
 
7.3 Bentuk-bentuk Kata Adverba
 
7.4 Makna Kata Adverba
 
8 Kata Hubung
 
8.1 Pengenalan
 
8.2 Fungsi Kata Hubung
 
8.3 Kata Hubung Setara atau Gabungan
 
8.4 Kata Hubung Tak Setara (Pancangan Relatif, Pancangan Komplemen dan Pancangan Keterangan)
 
8.5 Kata Hubung Berkait
 
9 Kata Sendi
 
9.1 Kata Sendi
 
9.2 Konsep dan Istilah Kata Sendi
 
9.3 Fungsi Tatabahasa Kata Sendi
 
9.4 Jumlah Kata Sendi
 
9.5 Bentuk dan Fungsi Kata Sendi
 
10 Kata Tugas Lain-lain
 
10.1 Pengenalan
 
10.2 Penggunaan Kata Tugas
 
11 Kata Ganda
 
11.1 Pengenalan
 
11.2 Penggandaan Kata Nama
 
11.3 Penggandaan Kata Kerja
 
11.4 Penggandaan Kata Adjektif
 
11.5 Penggandaan Kata Adverba
 
11.6 Penggandaan Kata Tugas
 
12 Kata Majmuk
 
12.1 Pengenalan
 
12.2 Ciri-ciri Kata Majmuk
 
12.3 Penulisan Kata Majmuk
 
12.4 Pemajmukan Kata Nama
 
12.5 Pemajmukan Kata Kerja
 
12.6 Pemajmukan Kata Sifat
 
12.7 Pemajmukan Kata Tugas
 
13 Kata Istilah
 
13.1 Pengenalan
 
13.2 Sumber Istilah
 
10.3 Aspek Tatabahasa Peristilahan
 
13.4 Aspek Makna Peristilahan
 
13.5 Istilah Singkatan dan Lambang
 
13.6 Ejaan dalam Peristilahan
 
14 Imbuhan Asing
 
14.1 Pengenalan
 
14.2 Imbuhan Sanskrit
 
14.3 Imbuhan Arab
 
14.4 Imbuhan Inggeris
 
15 Akronim, Singkatan dan Simbol
 
15.1 Pengenalan
 
15.2 Jenis-jenis Akronim
 
15.3 Status Akronim
 
15.4 Kependekan
 
15.5 Penyingkatan
 
15.6 Pemendekan Perkataan
 
15.7 Simbol
 
Bibliografi
 
Indeks
HARGA: RM25
POSTAGE: RM6 SM / RM10 SS
UNTUK ORDER
WHATSAPP: Taip  MORFOLOGI  send to 0133551267
atau
PM ke Pendidik2u