Modul Peningkatan Disiplin Murid

Disiplin murid pada masa kini semakin hari semakin mencabar, dan memerlukan sokongan serta modul peningkatan disiplin yang terancang. Tugas guru cuga semakin hari semakin bertambah dan di sertakan lagi peranan sebagai guru disiplin yang mempunyai kuasa 'terhad'.

Kepada guru-guru yang ingin melihat contoh Modul ini bolehlah rujuk di sini. Credit to SMK Taman Indah.



Modul Peningkatan Disiplin ini telah dihasilkan oleh SMK Taman Indah, dan boleh juga dijadikan sebagai rujukan bagi sekolah-sekolah lain. Antara objektif modul ini di hasilkan adalah:

- Mengenal pasti murid-murid yang terlibat dengan gejala salah laku dan pelanggaran disiplin.
- Melaksanakan langkah pencegahan awal supaya masalah salah laku dalam dalam keadaan terkawal.
- Menjalankan program pemulihan terhadap murid-murid yang telah dikenal pasti terlibat dengan salah laku dan pelanggaran disiplin.
- Membantu sekolah mengatasi dan menangani masalah salah laku dan pelanggaran disiplin.