Cikgu Pula Dituduh Ambil Duit Bantuan Rm100

Bantuan Khas Persekolahan RM100 pada tahun ini dihadkan kepada pendapatan isi rumah bawah RM3000 sahaja. Ia tidak seperti tahun-tahun lepas di mana semua murid warganegara layak mendapat bantuan ini. Walaubagaimanapun, ada segelintir ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan had tersebut, terdapat juga yang tidak jujur dalam mengisi borang SSM di bahagian pendapatan penjaga.


Bahkan lebih teruk lagi, guru pula yang dituduh mengambil duit murid-murid. Pemberian bantuan RM100 ini dilakukan dengan cukup teliti, tidak tergamak untuk guru-guru mengambil bukan haknya.