Buku Log Pengakap

Pengakap merupakan Badan Beruniform yang terawal di wujudkan di sekolah rendah. Pengakap juga mempunyai pelbagai aktiviti tahunan seperti perkhemahan, kawad kaki, aktiviti kemasyarakatan, ikatan, lagu dan pelbagai lagi.


Pengakap juga mempunyai buku log, yang mana sebagai catatan nota-nota pengakap, ilmu pengakap juga boleh dicatat bersama dengan aktiviti yang dijalankan. Aktiviti Pengakap bukan sahaja terhad di sekolah, ia juga dijalankan sehingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang mana disertai beberapa negara lain.
BUKU LOG PENGAKAP

Di sini admin kongsikan contoh buku log Pengakap yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk ahli pengakap di sekolah anda. Anda boleh tambah atau print sendiri di bahagian aktiviti untuk dijadikan buku log. Di dalam ini juga terdapat nota-nota seperti ikatan, lagu pengakap, persetiaan pengakap dan undang-undang pengakap.