Pelan Strategik Panitia Pendidikan Jasmani

Pelan Strategik Panitia Pendidikan Jasmani. Kepada Ketua Panitia Pendidikan Jasmani yang ingin mendapatkan contoh Pelan Strategik Pendidikan Jasmani boleh dapatkannya di sini. Di dalam pelan ini juga mengandungi pelan operasi pelan taktikal bagi Panitia Pendidikan Jasmani. Pendidkan Jasmani juga merupakan subjek yang penting sebenarnya, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Ini menunjukkan bahawa, pendidikan di Malaysia bukanlah semata-mata dari segi intelek sahaja, tetapi ia juga meliputi rohani emosi dan jasmani.


Untuk Pelan Strategik lain boleh rujuk: Pelan Strategik Semua.
Pelan Strategik Panitia Pendidikan Jasmani