Pelan Strategik Kokurikulum: Tunas Puteri

Pelan Strategik Tunas Puteri.

Mari kita mengenali serba sedikit berkenaan dengan Persatuan Tunas Puteri:

Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna.

T Tolong orang selalu
U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara
N Nilai hidup yang murni
A Akhlak yang utuh
S Selalu senyum tanda persahabatan

P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas
U Utamakan tanggungjawab sendiri
T Tabah menghadapi cabaran
E Erat dalam perpaduan
R Rela berkhidmat untuk masyarakat
I Indah budi bahasa

Sumber: www.panduputeri.org.my


Bagi guru-guru yang menjadi Guru Penasihat Tunas Puteri boleh dapatkan contoh Pelan Strategik Tunas Puteri di sini. Untuk unit-unit lain boleh rujuk di : Pelan Strategik Semua

Pelan Strategik Tunas Puteri 2016