Pelan Strategik Kokurikulum: Pengakap

Pelan Strategik Pengakap
Boleh dikatakan hampir setiap sekolah mempunyai Unit Beruniform Pengakap, dan Pengakap juga merupakan Unit Uniform yang terawal yang wujud di sekolah.

Sedikit Info Pengakap:

Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 2hb Julai 1910, 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England.

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya.

Kepada Guru Penasihat Pengakap yang inginkan Pelan Strategik Pengakap boleh dapatkannya di sini.
Pelan Strategik Pengakap 2016



 Bagi Pelan Strategik Kokurikulum yang lain rujuk: Pelan Strategik Semua