KPM Kaji Langkah Kurang Beban Guru

Kementerian Pendidikan Sedang mengkaji langkah bagi mengurangkan bebanan guru dengan lebih serius. Menerusi kajian tersebut jumlah pelaporan data dalam talian yang perlu diisi oleh guru dapat dikurangkan. Menteri Pendidikan Datik Seri Mahdzir Khalid juga meminta pihak sekolah mengurangkan amalan penyediaan sambutan berlebih-lebihan bagi mengelakkan masa pengajaran dan pembelajaran terganggu. Pihak Kementerian juga akan mengambil langkah memantau amalan melindungi masa instruksional (MMI) agar dilaksanakan sewajarnya.


Beliau menjawab soalan Senator Datuk Ng Chiang Chin yang ingin tahu langkah yang diambil bagi menangani masalah bebanan guru.
Utusan Malaysia - 22 Dis 2015