Borang Pemotongan Gaji PTPTN

Mulai September 2015, semua penjawat awam yang menerima pembiayaan PTPTN DIWAJIBKAN membuat bayaran balik pembiayaan melalui potongan gaji.

Mulai 1 November 2015, potongan gaji untuk bayaran balik pembiayaan diuruskan oleh PTPTN dan tidak melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Klik di sini untuk info bayaran balik pembiayaan melalui potongan gaji terus kepada PTPTN.


Potongan gaji HENDAKLAH berdasarkan Jadual Bayaran Balik (JBB) yang ditetapkan. Potongan gaji kurang daripada jadual adalah TIDAK DIBENARKAN. Potongan melibatkan amaun melebihi jadual yang ditetapkan perlu dimaklumkan kepada PTPTN.



Potongan gaji adalah untuk bulanan semasa sahaja dan sebarang tunggakan perlu dijelaskan melalui kaedah lain.


Borang Pemotongan Gaji PTPTN
Borang PTPTN

Jumlah baki pembiayaan minimum untuk permohonan potongan gaji adalah RM500.00 dan baki tempoh bayaran balik yang dibenarkan untuk permohonan potongan gaji ialah 6 bulan.


Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan potongan gaji PTPTN, sila hubungi Bahagian Potongan Gaji, Jabatan Kewangan, PTPTN. Klik di sini untuk maklumat perhubungan.

Cara bayar PTPTN dengan pemotongan Gaji:

1. Pergi ke Pejabat PTPTN terdekat, isi borang pemotongan Gaji dan serahkan kepada kaunter. Potongan gaji hendaklah berdasarkan jadual bayaran balik, jika pinjam RM26,000 , Ujrah 1% , bayaran ansuran lebih kurang RM238 sebulan. (Bergantung kepada jumlah tunggakkan)

2. Permohonan pemotongan gaji secara online: Potong Gaji Online

Dwnlod Borang Pemotongan Gaji PTPTN

Borong Pemotongan Gaji juga boleh diperolehi di sini.