Bahan-bahan Fail Buku Rekod Mengajar

Buku rekod mengajar guru merupakan perkara paling penting sekali dalam perkhidmatan sebagai guru, boleh dikatakan ia sebagai 'nyawa' guru, perlu dijaga dan direkod dengan baik. setiap minggu perlu dihantar kepada Ketua Jabatan untuk disemak (semak lah sangat), dan ia berfungsi sebagai tempat untuk guru menulis rekod pengajaran sepanjang tahun.

Kini Buku Rekod Mengajar dibuat dalam pelbgai bentuk, ada menulisnya di dalam buku khas, di print dan tampal, di dalam fail, dan ada juga yang direkod secara online. Secara online mungkin hanya beberapa sekolah sahaja yang buat, dan yang paling banyak mungkin menggunakan Buku. Namun begitu tidak kurang juga yang lebih selesa menggunakan Fail Rekod Mengajar, nampak lebih kemas, senang dan cepat. 

Di sini dikongsikan bahan-bahan untuk membuat Fail Rekod Mengajar yang mengandungi beberapa maklumat dan dokumen penting sepertimana juga di dalam Buku Rekod Mengajar.


Bagi guru-guru yang ingin mendapatkan contoh dokumen yang perlu diletak di dalam fail RPH boleh dapatkannya di sini. Anda boleh edit mana-mana bahagian yang sesuai digunakan di sekolah anda. BUKU ONLINE
Buku Rekod Mengajar
(Credit to Asmaliza Fifie Ahshari , Siti Hafiza Shamsuddin )