Koleksi Sifir Jawi Suku Kata Terbuka

Pelajaran Jawi merupakan pelajaran yang penting, ia merupakan subjek yang perlu dititikberatkan supaya tulisan jawi ini tidak berkubur begitu sahaja. Dengan adanya sistem ejaan jawi baru yang telah diselaraskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka usaha ini mampu memelihara tulisan ini dengan lebih tersusun dan sistematik berdasarkan kaedah ejaan yang telah dibangunkan oleh Munshi Jawi seluruh negara.

Koleksi Sifir Jawi
Namun begitu, pelajaran jawi di sekolah rendah masih lagi belum mencapai 100% murid dapat membaca dan menulis jawi dengan betul. Beberapa faktor yang mungkin menjadi penyebabnya adalah waktu Pelajaran Jawi itu sendiri peruntukannya hanya 30 Minit seminggu. Pada penggal ke-2 Tahun 2015 telah bermula Kem Cemerlang Jawi (KCJ), dengan mengaplikasikan modul dan teknik pengajaran yang telah diusahakan oleh Jurulatih Utama dan Munshi Jawi seluruh negara. Pada Tahun 2016 KCJ ini akan dijalankan sebanyak 2 kali, dan murid akan diuji dengan Ujian Pos setelah selesai menghadiri Kem.

Sukacita dimaklumkan di sini, perkongsian Bahan Bantu Mengajar Jawi, iaitu Sifir Jawi yang dapat membantu menarik minat murid dan sebagai BBM Guru. Bagi yang berminat boleh down.load di sini.
(Pastikan ada perisian WinRar untuk membukanya)
[Credit to Fb BBM PAI]