Hampir Semua Sekolah Ditutup 5 dan 6 Okt

Kementerian Pendidikan hari ini mengarahkan sekolah-sekolah di seluruh negara kecuali Kelantan, Labuan, Sabah dan Sarawak  ditutup dua hari bermula esok berikutan keadaan semasa jerebu.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sesi petang persekolahan di Kedah,  Terengganu dan Johor hari ini juga diarah dibatalkan.

Beliau turut mengumumkan bahawa sesi persekolahan yang ditutup itu tidak perlu diganti.