Benarkah Guru Banyak Cuti?

Ramai orang kata kerja cikgu banyak cuti.. jom buat kira-kira mudah..

Penjawat awam biasanya akan dapat 30 hari cuti setahun.. lebih 10 tahun berkhidmat jadi 35 hari.. yang boleh diambil pada bila-bila waktu yang dia suka asalkan tidak ganggu tugas penting.




Tapi bagi cikgu..


1. Cuti pertengahan sem 1 dapat 5 hari..
2. Cuti pertengahan tahun dapat 10 hari..
3. Cuti pertengahan sem 2 dapat 5 hari..
4. Cuti akhir tahun dapat lebih kurang 30 hari..

Jumlah 50 hari.. wow.. banyak tu.. nanti dulu..

Kena tolak..
1. Cikgu kena naik awal seminggu sebelum naik sek.. tolak 5 hari..
2. Cikgu kena cuti lewat seminggu (kadang-kadang 2 minggu) selepas cuti sekolah bermula.. tolak 5 hari..
3. Cikgu kena hadir koko atau ladap atau aktiviti sekolah hari sabtu.. purata 2 kali sebulan.. darab 10 bulan.. tolak lg 20 hari..

Jumlah dah 30 hari.. so cuti cikgu cumalah 50 - 30 =20 hari..

Itu belum tolak lagi kelas tambahan waktu cuti sekolah.. Jaga periksa.. bawa murid ke pertandingan.. sukan.. hari terbuka.. mesyuarat pibg.. perkhemahan.. lawatan.. dan sebagainya..

Berapakah pula Cuti Rehat Cikgu? Cuti Rehat guru hanya 7 Hari Setahun, dan ianya tidak boleh diambil sesuka hati, bahkan ketua jabatan juga tidak membenarkan mengambilnya berturut-turut. Cuti rehat ini juga tidak boleh dibawa ke tahun hadapan.

Siapa KATA CIKGU Banyak Cuti??
TOLONG SEBARKAN AGAR ORANG TIDAK SALAH ANGGAP😂😂

**Pengiraan mungkin berbeza bagi sesetengah sekolah.