Contoh Nota Serah Tugas

Nota Serah Tugas merupakan dokumen penting bagi pegawai ataupun mana-mana penjawat awam yang berpindah tempat kerja. Nota Serah Tugas ini juga merupakan arahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam bagi penjawat awam yang berpindah atau bertukar.

Bagi seorang guru yang berpindah sudah pastilah wajib membuat Nota Serah Tugas ini, supaya segala tanggungjawab yang dipikul sebelum ini dapat diamanahkan kepada orang lain pula. Tambahan pula, guru sekarang yang banyak memegang pelbagai jawatan dan menyimpan banyak data.


Sekiranya kita tidak membuat Nota Serah Tugas, dibimbangi perjalanan program sekolah dan segala maklumat tidak dapat diserahkan apabila diminta. Ketua Jabatan perlu memastikan sebelum pegawai mereka bertukar hendaklah menyerahkan Nota Serah Tugas terlebih dahulu.


Semoga perkongsian Nota Serah Tugas ini dapat memudahkan anda untuk membuatnya sebelum berpindah ke sekolah baharu.