Bahan Kem Cemerlang Jawi (KCJ)

Mata pelajaran jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam semenjak Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) sehingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Semenjak tempoh itu, tahap penguasaan murid dalam pelajaran jawi belum mencapai tahap yang membanggakan. Langkah Program j-QAF mengadakan Kem Cemerlang Jawi (KCJ) bermula tahun 2015 akan mampu memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

Kem Cemerlang Jawi merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-murid yang lemah. Ia perlu diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis dengan sempurna.

Matlamat
Mencapai sasaran penguasaan 100% dalam pelajaran jawi seterusnya memperkasakan Pendidikan Islam sekolah rendah dan sekolah menengah.

Objektif

  • Mengenal, membaca dan menulis huruf jawi tunggal dan bersambung.
  • Membaca dan menulis suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
  • Membaca dan menulis ayat pendek.





Sasaran

  • Semua murid tahun dua hingga tahun enam yang tidak melepasi ujian diagnostik. (Murid Tahun Satu tidak terlibat dengan Kem Cemerlang Jawi kerana masih dalam proses mengenal asas jawi. )
  • Murid yang mendapat markah 0 -59 di dalam ujian diagnostik.


Strategi Pelaksanaan

  • Membentuk Jawatankuasa Pelaksana di peringkat sekolah.
  • Mengenalpasti murid yang belum melepasi tahap melalui ujian diagnostik.
  • Menyediakan kertas cadangan pelaksanaan kem.
  • Menetapkan tempat dan masa.
  • Menyelaras jadual aktiviti.          
  • Menentukan guru pembimbing/fasilitator.
  • Merekodkan pencapaian murid setiap kali aktiviti dilaksanakan
  • dengan mengambil kira kekuatan dan kelemahan murid berdasarkan penilaian kem yang dilaksanakan pada akhir sesi pelaksanaan kem.
  • Kem susulan perlu diadakan kepada murid yang masih belum menguasai kemahiran-kemahiran  tertentu.

 BAHAN-BAHAN KEM CEMERLANG JAWI

1. Buku Panduan
2. Modul KCJ Membaca
3. Modul KCJ Syafawi
4. Modul KCJ Menulis
5. Ujian
6. Instrumen Pemantauan

Kesemua Bahan di atas boleh di dapati di pautan; - KCJ

Untuk Tapak Analisis Ujian Diagnostik KCJ Rujuk :  TAPAK ANALISIS KCJ <- NEW

Contoh Kertas Kerja KCJ : SINI