Bacaan Cuti Sekolah Anak-anak

Cuti sekolah bagi pertengahan tahun sudah hampir tiba, lebih kurang seminggu lagi murid-murid akan bercuti selama 2 minggu iaitu bermula 30 Mei 2015 hingga 14 Jun 2015. Tentu ibu bapa juga turut merancang aktiviti yang ingin dilakukan seisi keluarga. Pasti ada ibu-bapa yang juga sama mengambil cuti untuk meluangkan aktiviti bersama anak-anak seperti berkelah, memancing, melancong, beriadah, membeli belah dan juga beristirehat di rumah atau pulang ke kampung berjumpa datuk dan nenek.

Ibu bapa juga boleh merancang aktiviti anak-anak dengan menyertai program-program motivasi ataupun kem ibadah serta kursus-kursus yang sesuai untuk anak-anaknya. Perkara ini sangat digalakkan supaya anak-anak menggunakan masa yang ada dengan aktiviti yang berfaedah semasa cuti.

Namun ada juga ibu bapa yang sibuk dengan kerja dan tidak dapat untuk meluangkan masa untuk bersama anak-anak, tiada masa untuk membawa anak-anak berjalan atau melawat tempat-tempat menarik kerana kesibukan bekerja. Maka, anak dibiarkan melakukan aktiviti sendiri di rumah, bermain game, melayari internet, dan menonton televisyen sahaja. Ini pasti akan memberi kesan yang negatif sekiranya tiada pemantauan daripada ibu bapa.

Mungkin ibu bapa boleh membelikan buku-buku yang berfaedah dan menarik untuk bacaan anak-anak, di sini di kongsikan 2 buah buku yang menarik untuk bacaan kanak-kanak:

Buku 1: 101 Info Serononknya Berpuasa

101 Info Seronoknya Berpuasa

Buku berwarna-warni ini mengandungi 101 soal jawab asas berkenaan puasa untuk kanak-kanak. Ia juga dapat menambah pengetahuan kanak-kanak tentang puasa. 101 Info: Seronoknya Berpuasa mengajak kanak-kanak menambah ilmu berkenaan ibadah puasa secara santai dan menyeronokkan.

Buku 2: 101 Info Seronoknya Solat

101 Info Seronoknya Solat

Buku yang menarik untuk menambah pengetahuan anak-anak mengenai solat, makna solat, fungsi solat, hikmah, zikir dan doa. Ia juga turut mengandungi perkara asas solat, rukun solat, perkara yang membatalkan solat dan banyak lagi.

Jika anda berminat untuk mendapatkannya dengan harga yang menarik:

Harga Asal: RM9.50 Sebuah
Harga Promosi: RM8.00 Sebuah

Order SMS/Whatsapp: Nama Buku ke  0133551267