Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB)

Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) dibangunkan bagi melengkapi usaha-usaha pembangunan profesionalisme kepada guru dan pemimpin sekolah. Aktiviti pembangunan profesionalisme sedia ada yang dikenali sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP/LDP) dan Latihan Pembangunan Staf (LPS) akan dimantapkan seiring dengan amalan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). PPPB bertujuan mentransformasikan amalan PPB bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasa profesion keguruan.

Guru dan pemimpin sekolah yang kompeten dan berkualiti adalah faktor penentu kepada keberhasilan murid. Guru yang kompeten dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid manakala Pengetua/Guru Besar yang kompeten dapat mengurus pembelajaran, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan membimbing guru bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid.

Kompetensi dan kualiti guru dan pemimpin sekolah dapat ditingkatkan melalui pelibatan secara formal dan tidak formal dalam aktiviti PPB. Pelan ini mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama menjelaskan transformasi amalan dan pelaksanaan PPB. Bahagian kedua pula mengandungi kit PPB yang mencadangkan strategi pelaksanaan PPB yang boleh digunakan oleh guru dan pemimpin sekolah.


Guru juga dikehendaki menyediakan sebuah fail Portfolio PPB sebagai salah satu usaha bagi menjayakan program ini. Muat turun contoh Curriculum Vitae dan beberapa separator di SINI

Candangan Kandungan Portfolio PPB
Anda boleh rujuk cadangan kandungan di atas sebagai panduan dalam menyediakan fail PPB. Dapatkan juga Buku Pengurusan Peribadi 2015.