Kemaskini BR1M 2015

Kerajaan Malaysia telah pun mengumumkan pemberian BR1M bagi tahun 2015 akan terus dijalankan dengan peningkatan jumlah nilai wang yang diberikan. Dengan adanya BR1M ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kos sara hidup bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Selain daripada mereka yang berkeluarga, golongan bujang juga dapat menikmati Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini.

BR1M 2015


Bagaimana untuk memohon BR1M? Jika anda dalam kategori Pemohon Baru mudah sahaja rujuk panduan yang telah disediakan di sini : https://ebr1m.hasil.gov.my/manualPengguna/PERMOHONAN2015.pdf

Jika anda pernah menerima sebelum ini, anda hanya perlu kemaskini permohonan anda di: https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k

Pastikan anda update maklumat terbaru, seperti no telefon, alamat, tanggungan, gaji dan sebagainya. Kemaskini BR1M ini penting bagi memastikan maklumat yang anda isi adalah tepat dan benar, kegagalan anda mengemaskini BRIM anda menyebabkan borang anda tidak diproses.

Bolehkah kemaskini secara manual sahaja tanpa online?
Terpulang kepada anda, anda boleh memilih untuk mengemaskini secara manual ataupun di atas talian. Lebih mudah secara online kerana tidak perlu anda menghantar borang ke LHDN lagi kerana maklumat akan terus dikemaskini di pengkalan data LHDN.

Pastikan anda mengisi maklumat yang sah dan benar, sekiranya anda memberi maklumat yang tidak benar anda boleh didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman.

Setelah anda siap mengemaskini permohonan anda boleh menyemak status permohonan anda di sini: https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s