Pemantauan Perniagaan Online

Seperti yang kita sedia maklum perniagaan merupakan salah satu usaha untuk mencari pendapatan sampingan dalam memastikan segala keperluaan dan tanggungan yang semakin meningkat dapat dipenuhi. Selain dari kenaikan kos hidup yang tinggi, masalah kewangan dan peningkatan jumlah hutang isi rumah juga menyebabkan ramai penjawat awam terpaksa mencari pendapatan sampingan bagi menampung kos-kos yang ada.


Pada dasarnya penjawat awam yang terlibat dengan perniagaan di media sosial dan internet adalah disifatkan melakukan pekerjaan luar dan tertakluk di bawah Peraturan 5, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Oleh yang demikian bagi memastikan penjawat awam yang terlibat dengan perniagaan secara atas talian / online, hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Pemantauan akan dibuat oleh Ketua Jabatan / Ketua Unit / (Guru Besar/ Pengetua).
Pemantauan Perniagaan Online

Pemantauan Berniaga Online

Bagi mereka yang terlibat dengan perniagaan sama ada secara offline atau online perlulah mendaftarkan perniagaan mereka dan memaklumkan kepada Ketua Jabatan masing-masing. Ini bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah sehingga menjejaskan kualiti dan masa bekerja sebenar sebagai penjawat awam. Tidak dinafikan ramai di kalangan guru yang menjalankan perniagaan di media sosial seperti di facebook, Wechat dan sebagainya.

Diharap maklumat ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.