7 Persepsi Salah Orang Ramai Terhadap Guru

Minggu lepas admin telah post beberapa persepsi salah orang ramai terhadap guru di Facebook Pendidik2u, dan ia menjadi viral serta telah di share sehingga mencapai high view. Di sini admin akan menjelaskan sekali lagi 7 persepsi salah tersebut beserta penerangan ringkas setiapnya. Ini bukanlah pendapat dari admin seorang, ini berdasarkan komen dan hasil tinjauan pendapat admin di sosial media dan juga terus kepada kawan-kawan admin sendiri.


7 Persepsi Salah Terhadap Guru:

1. Guru Cuti Banyak
Apabila anda menjadi seorang guru, sudah pasti anda tidak dapat lari daripada bualan rakan-rakan bukan guru, yang selalu mengatakan, untung la jadi cikgu, cuti banyak. Pasti ada yang berkata begitu bukan? Kalau Cuti Raya kita biasanya cuti dalam 1 minggu paling kurang, dan bagi rakan-rakan yang bekerja di sektor lain, mungkin hanya 3 hari atau 4 hari sahaja. Sebenarnya cuti hari raya ini, diambil setelah diganti pada hari lain, bukan terus diberi cuti tanpa menggantikannya. Selain dari itu, disebabkan kerja guru ini adalah di sekolah, maka jika sekolah bercuti guru juga bercuti. Ya, memang guru juga bercuti, walaubagaimanapun guru boleh dipanggil bila-bila masa sahaja oleh pentadbir, sama ada untuk berkursus atau menjalankan kerja-kerja perkeranian di sekolah. 
2. Gaji Guru Lebih Tinggi Dari Kerja Kerajaan Lain
Ini juga merupakan pendapat yang kurang tepat, gaji guru sebenarnya bukanlah yang tertinggi, malah ada lagi yang jauh lebih tinggi seperti Akauntan. Gaji guru baharu, adalah berdasarkan kelulusan, dan Gaji Pokok Guru Baharu ialah pada RM2222.XX sahaja tidak termasuk elaun. Ini bagi mereka yang posting sebagai Guru Berijazah. Perbandingan Guru dan Jawatan yang tidak sama taraf memang tidak tepat. Guru  yang bergred DG41 merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan jika dibandingkan dengan jawatan kerani di pejabat kerajaan pastilah ia merupakan perbandingan yang tidak adil.

3. Bulan 12 Tidak Perlu Kerja Tetapi ada Gaji
Bulan 12 merupakan cuti sekolah, dan kebanyakan guru bercuti pada bulan tersebut. Sebenarnya, ramai yang tidak tahu, guru hanya mempunyai 7 hari sahaja Cuti Rehat Khas dalam setahun, dan cuti ini tidak boleh dibawa ke tahun hadapan. Tetapi pegawai kerajaan lain mereka mempunyai cuti rehat yang banyak, malah boleh dikumpul untuk dibawa ke tahun hadapan. Sebenarnya bukan guru bercuti selama sebulan goyang kaki, mereka sebenarnya ada yang terlibat dengan tugas-tugas seperti, bertugas sebagai pengawas peperiksaan SPM, seminar membina soalan, kursus pemantapan, dan juga sebagai guru bertugas di sekolah. Kebiasaanya pihak sekolah akan mengadakan mesyuarat seawal 20hb Disember lagi sebagai persediaan untuk tahun berikutnya.

4. Gaji Guru Sekolah Rendah Sikit Dari Sekolah Menengah
Ini juga merupakan persepsi yang salah, jika balik kampung, pasti ada yang bertanya anda mengajar sekolah menengah ke rendah? bila jawab sekolah rendah, mereka pun beranggapan 'owh gaji rendah la kat sekolah rendah senang'. Sebenarnya gaji bukan berdasarkan Sekolah Rendah atau Menengah, ia berdasarkan Gred, Malah pada masa sekarang semua guru yang baru posting akan posting sebagai Guru DG41 (Guru Berijazah) tidak kira ditempatkan ke sekolah menengah atau rendah gaji tetap sama iaitu gaji Ijazah Sarjana Muda. Jika dulu memang Sekolah Rendah tiada guru berijazah, namum sekarang sudah berlambak guru berijazah, bahkan Master dan PHD pun ada. Oleh yang demikian, persepsi mengatakan gaji Sekolah Rendah sikit adalah salah, kerana gaji berdasarkan kelulusan yang ada.

5. Anak Cikgu Mesti Kena Pandai
Isu ini kurang sikit kedengaran, namun ingin dijelaskan bahawa, guru juga insan biasa, bukan tahun semua perkara, ada guru yang pakar dalam Matematik dan berjaya mendidik anak sendiri sehingga mahir dalam matematik, namun mungkin juga guru tersebut tidak mahir dalam subjek Bahasa Arab. Jadi, tidak semua guru dapat menguasai teknik dan penyampaian ilmu bagi subjek yang berlainan.

6. Kerja Guru Sekejap Sahaja, Pukul 1 Dah Balik
Ramai orang yang salah anggap yang guru kerja sampai pukul 1 sahaja, hari jumaat pukul 12 sahaja. Sebenarnya guru bekerja seawal 7 pagi dan akan pulang selepas murid pulang sekitar 2 petang. Sebelah petang pula guru juga akan datang semula untuk menjalankan aktiviti sukan atau kelab. Jika dikira guru bekerja lebih dari 8 jam sehari, ini belum dikira lagi sekolah yang ada tuisyen, dan aktiviti koko pada hari sabtu. dan guru tidak dibayar Over Time pun bekerja pada hari Sabtu, dan sememangnya tiada istilah overtime bagi guru.

7. Kerja Guru Paling Senang
Yang ni admin tak nak komen, jadi guru dulu baru tahu senang ke susah.. :) semua kerja ada senang susahnya, apa yang penting sejauh mana ilmu kita cukup atau tidak untuk memikul tugas yang diamanahkan.

Sekian Terima Kasih.
Untuk Share Tekan Button Share di bawah: