Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2014

Berikut adalah kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 2014, jangan lupa untuk menunaikannya. Selain bayar untuk diri sendiri, jangan lupa juga untuk membayar bagi pihak tanggungan kita.

Anda juga boleh membayarnya di pusat zakat, dan kepada amil-amil yang telah dilantik..biasanya ada di buka kaunter pembayaran di masjid-masjid, surau-surau, serta tidak lupa juga di pusat membeli belah seperti Pasaraya dan ada juga di bazar Ramadan.

Selain diwajibkan zakat fitrah, kita juga wajib membayar zakat-zakat lain, seperti zakat harta, zakat pertanian, zakat haiwan ternakan dan zakat emas.

Anda boleh rujuk pusat zakat yang terdekat bagi mendapatkan maklumat berkenaan zakat yang perlu dibayar. Selamat menjalankan ibadah puasa, sucikan dirimu dan harta kamu dengan mengeluarkan zakat serta patuh terhadap segala perintah dan larangan Allah.

Semoga puasa kita mendapat keredhaan darinya..