KEPUTUSAN RASMI MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA 2014/1435

Tahniah diucapkan kepada Qari dan Qariah serta Hafiz dan Hafizah dari Malaysia yang telah mengungguli Johan bagi semua kategori yang dipertandingkan. Semoga dengan kejayaan Malaysia ini, dapat meningkatkan lagi semangat anak-anak muda yang masih kecil untuk turut sama menjadi Qari dan Qariah terutamanya di peringkat sekolah.

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat antarabangsa ini telah berlangsung pada 16-21 Jun 2014 (Tilawah) dan 17 hinggga 19 Jun 2014 ( Menghafaz) di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Keputusan Rasmi MTQHA ke 56 adalah seperti berikut:


KEPUTUSAN RASMI MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA 2014/1435


TILAWAH (QARI)
1. MALAYSIA (93.03%)
2. TURKI (89.21%)
3. INDONESIA (88.72%)

TILAWAH (QARIAH)
1. MALAYSIA (90.67%)
2. FILIPINA (88.75%)
3. BRUNEI (85.92%)

HAFAZAN (HAFIZ)
1. MALAYSIA (95.70%)
2. ARAB SAUDI (94.00%)
3. QATAR (92.00%)

HAFAZAN (HAFIZAH)
1. MALAYSIA (95.00%)
2. TUNISIA (85.75%)
3. SENEGAL (78.05%)

Info: Edisi kali ini seramai 76 buah negara telah menyertainya secara keseluruhan.