Cadbury Halal atau Haram?

Isu Cadbury hangat diperkatakan sekarang, terutamanya di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan pelbagai dakwaan berkenaan status kewujudan DNA BABI di dalam coklat Cadbury. Pelbagai versi spekulasi dan 'info' kita perolehi dari whatsapp dan disebar meluas di alam maya. Canggih bukan, dalam beberapa saat sahaja setiap maklumat disebar luas tanpa diselidiki status kebenaranya.


Penemuan DNA babi di dalam coklat Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond adalah berdasarkan ujian di makmal Kementerian Kesihatan. Walaubagaimanapun Pihak Jakim hanya mengiktiraf makmal dari Jabatan Kimia bagi memastikan status kandungan DNA Porcine tersebut. Setelah hasil kajian Jabatan Kimia dibuat berdasarkan sampel yang diambil dari Kilang Pemprosesan coklat tersebut, Pihak Jakim melalui Jamil Khir Baharom telah mengumumkan tiada penemuan DNA Babi dikesan.

Isu Cadbury


Isunya di sini, biarpun pihak Jakim telah menegaskan bahawa tiada DNA babi dikesan, masyarakat masih lagi ragu-ragu, dan was-was dengan keputusan yang diumumkan oleh Jakim. Kredibiliti Jakim sebagai autoriti dalam bidang Halal seakan dinafikan oleh masyarakat. Faktornya kenapa? sudah pasti kerana keputusan yang dikeluarkan berbeza dengan KKM. Persoalan yang timbul kini, masyarakat menjadi bingung untuk mengambil keputusan daripada siapa?

" Rakyat Malaysia beragama Islam wajar meletakkan kepercayaan kepada bahagian Halal JAKIM yang merupakan autoriti di dalam hal seumpamanya di Malaysia. Saya yakin SOP mereka dan juga tahap profesionalisme mereka di dalam isu pelabelan halal boleh diyakini. Sebarang penyalahgunaan label mereka adalah di luar kawalan makmal mereka. Keputusan JAKIM yang mengesahkan bahawa dua jenia coklat Cadbury yang dikatakan mengandungi DNA babi (porcene) adalah tidak benar dan status kehalalannya kekal adalah wajar dipercayai dan diiktiraf oleh rakyat Malaysia beragama Islam."
Ulasan dari:
Dr Maszlee Malik
Pensyarah kanan
Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh,
Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Setelah keputusan tiada DNA porcine dikesan dibuat oleh JAKIM, kini Kementerian Kesihatan Malaysia pula pertahan keputusan ujian;




Walaubagaimanapun, di dalam Buletin Utama TV3 sebentar tadi (03 Jun 2014) Timbalan Menteri Kesihatan mengakui kenyataan sebelum ini adalah berdasarkan laporan awal dan pegawainya silap tanpa melakukan sekali lagi ujian pengesahan.

Kini timbul pula isu pihak Jakim cuba menyelamatkan pemegang saham Cadbury, iaitu Felda Holding Sdn. Bhd. seperti biasa masyarakat memang suka dan lebih mempercayai spekulasi. Tidak dinafikan rakyat Malaysia cukup sensitif berkenaan isu halal dalam makanan.