Berita Palsu Bonus Raya 2014

Beberapa hari ini banyak tersebar di whatsapp berita berkenaan Bonus Raya 2014, pasti anda  juga ada yang mendapatnya. Tambahan pula di dalam penyebaran sms dan whatsapp itu juga dikatakan bonus raya kali ini adalah 1 bulan, wah, tentu ini menggembirakan semua penjawat awam bukan. Namum apakan daya ia sebenarnya hanyalah penyebaran berita palsu.

Walaubagaimanapun ia sebenarnya menggambarkan betapa pentingnya bagi mereka untuk mengetahui berapa jumlah bonus tahun ini? berapa hari bulan akan dapat? Soal wang ringgit pasti semua akan peka mengenainya. Ini juga menunjukkan ramai masyarakat memerlukan wang tambahan untuk menyambut hari raya dan untuk membuat persiapan terutamanya untuk keperluan seisi keluarga.

Bonus Raya 2014
Maklumat ini juga telah dinafikan oleh pihak Cuepacs dan menegaskan ia bukan dari pihaknya. Kebiasaannya bonus raya akan diumumkan di surat khabar atau di website berita yang boleh dipercayai, dan selalunya Perdana Menteri akan war-warkan jika adanya Bonus Raya 2014.

Berapa pun jumlah bonus 2014 ini kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan rezeki yang telah Allah berikan. Sama ada sebulan gaji, atau separuh gaji ia tetap perlu disyukuri.