Rancangan Pengajaran Harian

Buku Rekod Mengajar merupakan 'Buku' yang terpenting buat guru, tanpa buku ini mungkin kita tidak dapat mengikut sukatan pelajaran dengan betul, tidak dapat melihat sejauh mana hasil pembelajaran kita tercapai. Buku ini juga digunakan untuk mencatat refleksi setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, sama ada pdp berjalan dengan lancar objektif tercapai atau tidak dan apakah tindakan susulan yang perlu diambil.

RPH CEMERLANG

Kebiasaanya sebelum ini kita menggunakan Buku Rekod Mengajar yang disediakan oleh sekolah ataupun Jabatan Pendidikan Negeri, dan kebanyakan guru menulis dengan tangan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mereka. Kini selaras dengan kemajuan teknologi, ada juga pihak sekolah yang membenarkan guru-guru untuk menaip RPH mereka dan di letakkan di dalam fail. 

Terdapat juga sekolah-sekolah yang lebih hebat, iaitu menggunakan sistem Online sahaja, tidak menggunakan buku ataupun fail, terbukti ia oleh menjimatkan penggunaan kertas dan menjimatkan masa. Jika tidak silap saya, SK Seri Ampang, Ipoh menggunakan sistem online dalam membuat RPH.

Apapun kaedah yang anda gunakan untuk membuat RPH, perkara yang paling penting adalah memastikan apa yang dirancang dilaksanakan sebaik-baiknya. Kesalahan tidak membuat Rancangan Pengajaran Harian adalah cukup besar, bahkan boleh dikenakan tindakan tatatertib, denda dan dipotong gaji.

Oleh yang demikian, sebagai seorang guru, jadilah seorang yang benar-benar berintegriti, beretika dan sentiasa menunjukkan sikap profesional dan berprinsip. Guru yang cemerlang bukan sahaja cemerlang di dalam kelas, tetapi jugacemerlang dalam pengurusan.