HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) AMBILAN 2015

PROGRAM HLP PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA SESI 2015

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) merupakan suatu program yang ditunggu-tunggu oleh Penjawat Awam yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan peringkat Kedoktoran di luar negara atau di dalam negara secara sepenuh masa.

Apa yang menariknya HLP ini, mereka yang terpilih ke program ini akan diberi cuti bergaji penuh sepertimana yang diperuntukkan dalam Perintah Am Bab C, sepanjang tempoh cuti belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Tempoh cuti belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan. Pegawai juga layak untuk menerima Elaun Biasiswa serta penajaan Yuran Pengajian.

PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) 2015

CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH

Bagi CBBP TB juga ditawarkan untuk PPPS melanjutkan pengajian ke peringkat Kedoktoran dan Sarjana, pegawai juga perlu tahu bahawa segala perbelanjaan semasa mengikuti pengajian termasuk Yuran Pengajian adalah dibawah tanggungan sendiri. Permohonan untuk bertukar ke Program HLP selepas tawaran diberikan adalah tidak dibenarkan.

Bagi mereka yang berminat untuk memohon boleh rujuk : HLP DAN CBBP TB AMBILAN 2015
Borang Permohonan Online: Online

PERMOHONAN ONLINE : 24 APRIL 2014 - 25 MEI 2014