Pengeluaran KWSP yang Memilih Skim Pencen



Bagi Penjawat Awam yang telah disahkan jawatan, serta cukup 3 tahun berkhidmat dan telah memilih skim pesara pilihan (Skim Pencen) boleh membuat pemberhentian pemotongan KWSP setelah cukup 3 tahun berkhidmat.

Penjawat awam boleh mengeluarkan wang daripada akaun 1 dan 2 mengikut kiraan berikut:

Jika pernah bekerja di Swasta
Akaun 1 + Akaun 2 = 100% Payout
(20K) + (10K) = 30K Payout

Kerajaan
Akaun 1 + Akaun 2 = 45% Payout
(10K) + (3K) = 13K X 45% = 5.85K

*Sila ke Kaunter KWSP untuk melihat kiraan yang tepat dari pegawai KWSP.

Sekiranya penjawat awam tersebut pernah bekerja swasta sebelum ini, jumlah caruman yang telah di carum oleh majikan swasta dan potongan kwsp dari gajinya akan dipulangkan 100% seperti di kiraan di atas. Jadi usah risau dengan wang anda, kerana kerajaan akan ambil 55% (dari Akaun 1+ Akaun 2) ketika sedang berkhidmat dalam kerajaan sahaja.

Akaun 1 adalah caruman daripada pihak majikan iaitu sebanyak 13%
Akaun 2 adalah caruman syer pekerja iaitu sebanyak 11%

Kadar caruman bagi pekerja dan majikan yang terkini boleh dirujuk di dalam JadualKetiga, Akta KWSP 1991 (klik untuk muat turun). Majikan dikehendaki membayar caruman syer pekerja berdasarkan jadual ini. Untuk melihat kadar caruman pekerja dan majikan yang berkuat kuasa sebelum 1 Januari 2012, klik di sini.

Anda juga boleh menyemak Penyata KWSP anda secara online melalui i-Akaun.
Bagaimana untuk membuat i-Akaun?

i-Akaun KWSP

Untuk Ahli, anda boleh ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP atau hubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000 untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan MyKad. 

Setelah itu, layari laman web KWSP dan klik pada ‘Login Ke i-Akaun (Ahli) >> Pengaktifan i-Akaun' untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari.

Untuk Majikan, wakil syarikat yang dilantik untuk menguruskan i-Akaun bagi pihak syarikat boleh mengunjungi mana-mana Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan menggunakan Borang KWSP 1 atau KWSP 1(i).

Setelah mendapat Kod Pengaktifan, layari laman web KWSP dan klik pada Login ke i-Akaun (Majikan) >> Pengaktifan i-Akaun untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut dalam tempoh 30 hari.

Anda juga boleh memuat turun aplikasi i-Akaun di Google Play Store menggunakan telefon pintar anda. dengan carian ' EPF i-Akaun'.

Bagaimana cara mengeluarkan duit KWSP tersebut?

Untuk mengeluarkannya perlu mengisi beberapa borang dan sediakan dokumen-dokumen yang berkaitan seperti:
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Surat Tawaran Jawatan Tetap
Salinan Surat Pengesahan Jawatan
Salinan Skim Taraf Berpencen
Buku Bank / Penyata Bank

Sebelum buat pengeluaran pastikan anda semak penyata gaji anda, pastikan tiada lagi pemotongan KWSP.
Dapatkan borang-borang yang berkaitan di sini.