Semak SPM 2013 guna SMS


Sepertimana yang kita sedia maklum, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 20 Mac 2014 iaitu Khamis ini. Pasti mereka yang sedang menunggu keputusan ini berdebar debar untuk mengetahui keputusan mereka. Semua guru mendoakan agar anak muridnya mencapai keputusan yang baik dan cemerlang.

Keputusan SPM 2013

Semua calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing bermula jam 10 pagi. Calon juga boleh menyemak keputusan SPM dengan menggunakan SMS.

Semak Keputusan SPM guna SMS

Kaedah menyemak keputusan SPM dengan menggunakan SMS adalah seperti di bawah:

Taip: 

SPM<jarak>NO. KP<jarak>Angka Giliran
sms ke 15888

Contoh mesej penghantaran:
SPM 941229085468 ABC123456 
send to 15888

Semakan keputusan peperiksaan SPM 2013 bermula jam 10.00 pagi, 20 Mac 2014 hingga jam 11.59 malam, 26 Mac 2014.

Calaon juga boleh menyemak di atas talian di laman web Lembaga Peperiksaan.

Semoga semua calon dapat mencapai keputusan yang baik dan cemerlang, teruskan berdoa dan tawakal kepada ALLAH...